ahmadmuhammad09@gmail.com

" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN " --AL IMAM HASSAN AL BANNA--




Assalamualaikum…halo my friends…..haha.. kali nie aku nak crita pasal satu tpt makan kat Tg malim..nape Tg Mlm????sbb skg aku dok cni la…Tg Mlm ni ade satu port makan yg begitu popular bg pengunjung2 xkira la dlm ataupun luar… nama dia Restoran Yik Mun yg menyediakan pelbagai jenis makanan seperti roti bakar, chicken chop, mi Hainan, dan yang paling popular pau dia laa….ada mcm2 jenis pau kat cni mcm pau kaya, pau kacang, pau ayam, dan sebagainya..mula2 kta tgk sejarah dia dlu….kedai mkn ni bukak lame dah sejak zaman SITC dulu hah dan sampai skg masih beroperasi lg…kira x luput dek panas x lekang dek ujan la nie….ada org kata Tunku Abdul Rahman berenti kat Tg Malim ni semata- mata nak lepak kt kat kedai ni la bedal pau..Dato’ Lat kartunis popular tu pun org kata slalu gak singgah cni cari pau…punyalah popular pau Yik Mun nie…

Org kata pau Yik Mun nie sedap, lembut, gebu n mcm2 lg la…aku xtau la rase die sbb aku pon x pernah mkn…kira sodap laa…tapi yg menjadikan aku musykil la..pau ni halal ke x???tgk name dia pun dah tau mmg sah tokey dia org cina..aku tgk kat restoran tu ada logo halal JAKIM..kat laman web dia pun ada tulis halal…aku check lg la kat laman web JAKIM dia ckp restoran ni dapat pengesahan halal drp Jabatan Agama Islam Negeri Perak..




Cube korang tgk tgk kat atas tu…ada logo halal JAKIM lg…

Nak dijadikan cerita, dulu aku ngan member sekelas lebih kurang 4 org dtg la ke kedai ni nak temuramah tokey dia utk asigment CE..kitorg pun dtg la tanye kat pekerja dia, dia ckp tokey xda..pastu dia call tokey dia tuh ckp kitorg dtg nak temuramah…malangnya tokey tu xmau dah sbb ada org lg awal wt appointment ngan dia..kira melepas laa….mase member aku tgh bual2 ngan tokey dia, aku jeling2 la restoran dia….adoi la..kotorrr…xselera la aku nak mkn kat ctu…xtau la camna org ble melantak kat ctu…aku tgk pekerja dia muka cam melayu..tapi skali dia speaking indon laa…pastu kitorg blah la dari ctu ngan perasaan hampa..nak wat camna kan…

Aku pun rase xsedap ati la tgk restoran tu camna la ble dapat status halal..aku pun layan internet lg untuk dapatkan kepastian. Sebenarnya byk isu ttg status halal pau Yik Mun nie..ada org kata ada campuran babi..daripada crita2 org kat sekitar kawasan Tg Mlm ni, status halal tu mmg dah lama dah dtampal tp x pembaharuan status halal tu x dapat dipastikan lg (ada org kata status halal tu masih ada sampai bulan 5/2010 nih)…pastu dulu ada gak Mazidul Akma Sidek dalam crita 360 siasat dan mengkategorikan antara restoran paling kotor..setelah mndapat maklumat2 nie datang perasaan musykil dan was- was…

Berkaitan masalah ni ada satu hadis menjelaskan ttg makanan syubhah nie..

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar.Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara- perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada crita aku nie..kalu bleh kta amik la iktibar. Kalu bleh sebelum nak makan pape pun kna selidikla dlu mcm..status halal, kebersihan, kandungan makanan n lain2 la…sbb ape yg kta makan ni akan jadi darah daging kita n antara penyebab doa x diterima Allah sbb makanan2 yg haram dah syubhah ni la…stakat ni je la crita aku kali nie…len kali nti kalu ade benda baru aku post la k…sekian Assalamualaikum…..


" KELEBIHAN MENUNTUT ILMU"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Abu ad-Darda' r.a

Pengajaran hadith:

i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

sumber: JAKIM

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”

(al-Bukhari dan Muslim )

Huraian
Rasulullah SAW menerangkan bahawa sebaik-baik amalan dalam syariat Islam ialah memberi makan dan bermurah hati kepada fakir miskin sama ada dengan cara menjamu mereka atau sebagainya serta mengucapkan salam sama ada kepada orang yang kita kenal atau kepada orang yang belum kita kenali. Dengan perkataan lain kita tidak boleh mengkhususkan salam hanya kepada individu-individu tertentu sahaja sebaliknya hendaklah diucapkan salam itu kepada sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam kerana semua umat Islam adalah bersaudara.

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :

Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

sekadar mencuba........

BLOG YANG DIBUAT SEKADAR MEMBERI MAKLUMAT DAN PANDANGAN PENULIS SERTA MENGISI MASA YANG TERLUANG...SEKIRANYA ADA SEBARANG PENDAPAT ATAUPUN PANDANGAN SILALAH TINGGALKAN KOMEN....SEKIAN...ASSALAMUALAIKUM.......

Jom sembang....


ShoutMix chat widget

Followers